Semut dengan Burung Merpati
Pada suatu hari, seekor semut
berjalan-jalan mencari makanan di pinggir sungai. Ѕeperti biasa dia berjalan
dengan riang. Tiba-tiba ia terjatuh ke dalam sungai kerana tidak berhati-hati.
Semut
itu timbul tenggelam dihanyutkan oleh arus sungai. Dia berusaha untuk berenang
ketepi tetapi tidak berhasil sehingga kepenatan.
Kejadian
itu disedari oleh seekor burung merpati. Burung merpati merasa kasihan terhadap
nasib malang yang menimpa semut itu dan mahu menyelamatkannya.
Lalu
burung merpati memetik daun dan menjatuhkannya berdekatan dengan semut. Semut
merayap naik ke atas daun dan akhirnya dapat menyelamatkan dirinya. Daun itu
akhirnya tiba ke tepi sungai dan semut pun terselamat.
Tidak
lama kemudian, sang semut melihat seorang pemburu burung sedang mengendap-endap
berusaha mendekati burung merpati yang telah menolongnya tadi. Semut menyedari
bahaya yang bakal menimpa burung merpati yang baik tersebut. Semut segera
berlari mendekati pemburu dan menggigit kaki sang pemburu.
Pemburu
itu kesakitan dan terkejut, lalu mengibaskan ranting yang digunakan untuk
menangkap burung. Burung merpati menyadari kehadiran pemburu yang sibuk
mengibas-ngibaskan ranting dan kesakitan. Akhirnya burung merpati itu pun
terbang menyelamatkan dirinya.
No comments:
Post a Comment