Rancangan
Mengajar Harian
Mata pelajaran : Bahasa
Melayu
Darjah :
Pra Sekolah
Tarikh : 22
April 2014 (Selasa)
Jumlah pelajar : 50
orang
Masa : 40
minit (9.15-9.55 pagi)
Tajuk :
Kisah Semut dan Belalang
Bidang :
Maklumat dan Estetik
Objektif :
Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:
i.
Menyatakan sinopsis kisah Semut dan
Belalang.
ii.
Mengenal pasti kurang-kurangnya dua watak
dan dua perwatakan yang terdapat dalam kisah Semut dan Belalang.
iii.
Menyatakan sekurang-kurangnya tiga nilai
dan pengajaran yang terdapat dalam kisah Semut dan Belalang.
Kemahiran Bahasa : Bertutur
Sistem Bahasa : Ayat penyata
Pengisian Kurikulum : i) Nilai : Ketekunan, keyakinan, kerjasama
: ii) KBKK :
Menjana idea, menyusun atur, menyelesaikan masalah
Bahan Bantu
Mengajar : Kad, gambar, sampul surat, lembaran kerja, video Lagu Bangun Pagi,
wisel,pen
Langkah
dan Masa
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
|
Catatan
|
|
Aktiviti guru
|
Aktiviti pelajar
|
||
Set induksi
(3 minit)
|
i) Guru memperdengarkan dan
mempertontonkan video lagu Bangun Pagi
ii) Guru meminta pelajar membuat demonstrasi Lagu Bangun Pagi
|
i) Pelajar memberi maklum balas mengenai
video lagu tersebut.
ii) Pelajar membuat demonstrasi Lagu
Bangun Pagi
|
Nilai : Kerjasama
BBM : Video Lagu Bangun Pagi, Wisel.
|
Langkah 1
Pencetusan Idea
( 5minit)
|
i)
Guru bercerita mengenai kisah Semut dan Belalang
* Sketsa pendek mengenai Kisah Semut dan
Belalang dipersembahkan.
|
i)
Pelajar memberi tumpuan mengenai kisah Semut dan Belalang yang
didengar.
|
Nilai : Keyakinan
KBKK :Menjana idea
|
Langkah 2
Penstrukturan Semula Idea (10 minit)
|
i)
Guru membahagikan pelajar kepada enam kumpulan kecil.
ii) Guru mengedarkan sekeping sampul
surat yang berisi nilai mengenai Kisah Semut dan Belalang kepada setiap
kumpulan.
iii) Guru menunjukkan kad yang
mengandungi nilai tersebut kepada pelajar dan meminta mereka mengeja
bersama-sama.
iv) Guru meminta setiap wakil kumpulan
pelajar melekatkan dan menyuaikan kad
yang terdapat dalam sampul surat ke atas papan putih dengan gambar.
|
i)
Pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan kecil.
ii)
Setiap kumpulan pelajar diberikan sekeping sampul surat berisi nilai
mengenai kisah Semut dan Belalang.
iii) Setiap kumpulan pelajar mengeja kad
yang mengandungi nilai yang ditunjukkan guru.
iv) Setiap wakil kumpulan pelajar melekatkan
dan menyuaikan kad tersebut dengan gambar yang sesuai.
|
Nilai : Ketekunan, Kerjasama
KBKK : Menyusun atur, menyelesaikan
masalah
BBM : Sampul surat, kad, gambar.
|
Langkah 3
Aplikasi Idea (15 minit)
|
i)
Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap kumpulan pelajar.
ii)
Guru meminta pelajar mewarna lukisan dan menggantungkannya pada pen yang
disediakan.
|
i)
Setiap kumpulan pelajar diberikan lembaran kerja oleh guru.
ii)
Setiap kumpulan pelajar mewarna lukisan dan menggantungnya pada pen yang disediakan.
|
Nilai : Keyakinan
ABM :
Lembaran kerja, pen
|
Langkah 4
Penutup
(5 minit)
|
i)
Guru membuat rumusan mengenai pengajaran pada hari ini.
ii)
Guru memanggil dua orang pelajar untuk membuat rumusan tentang topik pengajaran
pada hari ini.
|
i)
Pelajar mendengar rumusan yang dibuat oleh guru.
ii) Dua orang pelajar membuat rumusan mengenai
topik pelajaran.
|
Nilai : Keyakinan, kerjasama
|
No comments:
Post a Comment