Anjing dengan Bayang-bayang
Suatu hari seekor anjing
terjumpa dengan tulang yang besar. Anjing sangat gembira lalu berlari-lari
pulang ke rumahnya sambil menggonggong tulang itu.
Di
dalam perjalanan, anjing melalui sebuah titi pada sungai yang dalam dan sangat
jernih. Anjing memandang ke arah sungai di bawahnya dan ternampak
bayang-bayangnya yang disangkakan anjing lain yang juga membawa tulang.
Kerana
tamakkan tulang itu, anjing itu menyalak dan menerkam ke arah anjing di dalam
sungai. Akibatnya, anjing itu basah kuyup dan tulang di dalam mulutnya terlepas
ke dasar sungai.
Anjing
menyesal kerana terlalu tamak, akibatnya dia yang rugi.
No comments:
Post a Comment