Sunday, March 30, 2014

AKIBAT BERCAKAP BESAR








Mesej: Janganlah kita bercakap besar dan kita perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh.

Saturday, March 29, 2014

CARI KAWAN










Mesej: Janganlah kita terlalu memilih rupa paras dalam mencari kawan dan kita juga perlu menolong antara satu sama lain.

ANGSA YANG BERBULU EMAS









Mesej : Janganlah kita bersifat tamak terhadap sesuatu dan kita haruslah bersyukur dengan apa yang kita ada.

Monday, March 17, 2014

KISAH SI TANGGANG




Si Tanggang tinggal bersama-sama dengan ibunya. Mereka sangat miskin. Apabila Si Tanggang dewasa, dia dipelawa oleh seorang saudagar untuk bekerja di atas kapalnya. Kerajinan Si Tanggang melakukan kerja-kerja kapal telah menambat hati saudagar lalu melantiknya menjadi nakhoda yang baru. Si Tanggang juga telah dikahwinkan dengan anak nakhoda yang cantik. 

Pada suatu hari, awan menjadi gelap menandakan ribut taufan akan melanda. Nakhoda Tanggang pun menghalakan kapalnya memasuki muara sungai di kampung ibunya. Ibu terdengar khabar bahawa anaknya telah kembali lalu berjumpa dengannya. Nakhoda Tanggang berasa malu untuk mengaku kedua orang tua itu sebagai ibunya kerana kelihatan begitu daif. Ibunya berasa sangat pilu dengan sikap angkuh Si Tanggang itu, lalu berdoa kepada Tuhan. Tiba-tiba petir berdentum, angin bertiup kencang dan ombak yang kuat memecahkan kapal itu. Akhirnya, Nakhoda Tanggang, isterinya serta semua anak kapalnya berubah menjadi batu.

NILAI:
Kita mestilah sentiasa mengenang jasa kedua ibu bapa kita dan tidak mengkhianati kepercayaan mereka.



KISAH GAGAK YANG BIJAK











 




Pengajaran :


Kita perlu berfikir dengan bijak untuk menyelesaikan masalah.

Saturday, March 1, 2014

Anjing dengan Bayang-bayang

Anjing dengan Bayang-bayang



Suatu hari seekor anjing terjumpa dengan tulang yang besar. Anjing sangat gembira lalu berlari-lari pulang ke rumahnya sambil menggonggong tulang itu.
Di dalam perjalanan, anjing melalui sebuah titi pada sungai yang dalam dan sangat jernih. Anjing memandang ke arah sungai di bawahnya dan ternampak bayang-bayangnya yang disangkakan anjing lain yang juga membawa tulang. 
Kerana tamakkan tulang itu, anjing itu menyalak dan menerkam ke arah anjing di dalam sungai. Akibatnya, anjing itu basah kuyup dan tulang di dalam mulutnya terlepas ke dasar sungai. 

Anjing menyesal kerana terlalu tamak, akibatnya dia yang rugi.