Kisah Semut Dengan Belalang
Pada suatu petang, sekumpulan semut
berkumpul untuk mengadakan mesyuarat. Mereka berbincang tentang persediaan
untuk menghadapi musim sejuk. “Kita perlu bekerja lebih keras kali ini bagi
memastikan bekalan makanan kita mencukupi sepanjang musim sejuk nanti” kata
ketua semut. Semua semut bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka tidak mahu
kekurangan makanan dan kelaparan seperti musim sejuk yang lalu.
Keesokan
pagi semut-semut itu keluar mencari makanan. Makanan yang ditemui dikumpul dan
dibawa balik ke sarang dengan menggunakan daun. Semut-semut betina pula akan
menyusun makanan itu ke dalam sarang mereka. semut- semut itu bekerja keras
mengumpul makanan. Mereka memulakan kerja dari awal pagi hingga ke petang.
Mereka hanya akan berhenti rehat sekiranya berasa penat. Banyak makanan yang
berjaya dikumpul hasil daripada kerjasama mereka. pada suatu hari, semasa
semut-semut itu sedang bekerja, tiba-tiba mereka terdengar nyanyian dari sebuah
taman berhampiran. Kelihatan beberapa ekor belalang sedang menyanyi dan menari
dengan gembiranya. Belalang-belalang itu menegur semut-semut yang sedang
bekerja.
“Apakah
yang sedang kamu lakukan?”.
“kami
sedang mengumpul makanan sebagai bekalan untuk musim sejuk nanti” jawab semut.
“Musim sejuk? Sekarang masih musim panas,
kenapa perlu bersusah untuk mengumpul makanan? Lagipun musim sejuk lambat lagi.
Makanan pun senang diperolehi di mana-mana. Sekarang waktu untuk bergembira.
Marilah berhibur bersama kami” kata belalang-belalang itu sambil mentertawakan
semut-semut.
Akhirnya musim sejuk pun tiba. Kali
ini musim sejuk tiba lebih awal. Semut-semut itu tidak berasa bimbang kerana
mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Namun begitu,
belalang-belalang berasa sedih dan lapar. Mereka gagal mencari makanan. Jadi
mereka pun pergi ke sarang semut.
“Tolong berikan kami makanan. Kami kelaparan
dan kesejukan” rayu belalang. Semut-semut itu menjemput tetamu mereka masuk.
“Sudah tentu kami akan bantu kamu. Lihatlah semua makanan ini hasil usaha
kami yang kamu ketawakan dulu” kata semut sambil menunjukkan bekalan makanan
yang berjaya mereka kumpul semasa musim panas lalu.